Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

“PTK digantikan dengan penilaian baharu yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA”

Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ,YAB Perdana Menteri Malaysia berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12 pada 21 Mac 2011

Penilaian baharu yang disebut oleh YAB Perdana Menteri adalah dikenali sebagai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau singkatanya PBPPP ini akan dilaksanakan sepenuhnya bermula pada tahun 2015 ini.  Ianya berkonsepkan penilaian berasaskan tugas dan tempat bertugas (Job-based and Work Place).

Berikut adalah dokumen yang diguna pakai untuk pelaksanaan PBPPP di SMK Kota Marudu:

1. Senarai Pegawai Penilai PBPPP 2015 untuk PP dan PYD

2. Borang penetapan  Penetapan Sasaran Peningkatan Keberhasilan untuk PYD

3. Borang markah PENGESANAN KEBERHASILAN untuk PP

4. Borang simulasi1 untuk PYD

5.  GARIS PANDUAN KEBERHASILAN 6 April 2015 ( yang terkini) untuk rujukan PP dan PYD

6. GARIS PANDUAN INSTRUMEN SEKOLAH untuk rujukan PP dan PYD

7.  Takwim pelaksanaan PBPPP tahun 2015

7. Takwim ePrestasi